Showing posts with label Malay Movie. Show all posts
Showing posts with label Malay Movie. Show all posts
0

Strawberi Cinta (2012) [Malay] PPVRip Mkv,Rmvb,Avi-

Labels:



Release Date: 06 Dis 2012 | Country: Malaysia | Language: Malay | Genres: Romance,Comedy| Subtitle: Malay Hardsub | Size: 350MB Mkv,230MB Rmvb,700MB Avi | Quality: PPVRip – Jie Azz
Sinopsis: Ichigo gadis dari Jepun berusia 25 tahun datang ke Malaysia untuk mencari ibu kandungnya yang terpisah sejak dia berumur 7 tahun. Ibunya, Rozita berkahwin dengan bapanya yang bernama Hiroshi Yamada atau nama Islamnya ialah Marzuki Abdullah ketika ayahnya berkerja di Malaysia. Keluarga Rozita menghalang dia berkahwin dengan Hiroshi lantas mereka membuat keputusan untuk kahwin lari di Thailand dan berhijrah ke Jepun. Apabila Ichigo berusia 10 tahun, ibunya Rozita pulang ke Malaysia kerana menerima khabar bahawa neneknya meninggal dunia. Namun selepas itu Rozita tidak pulang-pulang ke Jepun semula. Apabila Ichigo berada di Malaysia, dia mengikuti pakej pelancongan oleh Syarikat Strawberry Vanilla. Ichigo berbicara menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu kerana dia masih ingat sedikit sebanyak ajaran ibunya. Di situ dia bertemu dengan Hakimi, seorang pemandu pelancong. Apabila Ichigo berkenalan dengan Hakim, dia berasa tertarik dengan keperibadian Hakimi. Hakimi merupakan seorang pemuda berusia 26 tahun dan taat pada perintah Allah. Namun Hakimi bukanlah seorang ustaz mahupun alim ulama. Ichigo berasa tertarik kerana sebelum Rozita hilang, Ichigo mengamalkan gaya hidup Islam. Hiroshi pula, setelah isterinya hilang, dia tidak lagi mengamalkan gaya hidup Islam dan Ichigo juga mengikut bapanya. Hakimi selaku pemandu pelancong membawa rombongannya melawat beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Apabila mereka melawat Masjid Negara dan Putrajaya, Ichigo berasa sesuatu. Apabila dia terdengar laungan azan dan orang mengaji, Ichigo teringat ketika ibunya masih bersama mereka dan mengajarnya membaca muqaddam. Hakimi perasan dengan kelainan Ichigo apabila dia melihat masjid namun Hakimi tidak memaksa Ichigo. Hakimi dan Ichigo kadangkala berkongsi dan bertukar fikiran mereka mengenai kehidupan di Bumi dan alam selepasnya. Ichigo berasa tertarik dengan pengetahuan Hakimi yang luas dan tidak bias. Hakimi juga berasa tertarik dengan Ichigo kerana Ichigo bukanlah gadis yang polos dan tidak tahu apa-apa. Ichigo ada pandangannya tersendiri tentang kehidupan di dunia ini dan Hakimi berasa kagum dengan falsafah kehidupan Ichigo. Walaupun rupa paras Ichigo yang kelihatan lemah-lembut, namun keperibadian Ichigo berbeza kerana dia lebih berani. Tetapi kadangkala Hakimi berasa pelik kerana Ichigo akan hilang pada seperti 1 hari atau setengah hari sepanjang pelancongan mereka. Hakimi ingin bertanya tetapi dia tidak mahu dikatakan masuk campur urusan Ichigo. Apabila masa pelancongan mereka sudah tamat, Ichigo tidak muncul. Hakimi tertanya-tanya di manakah Ichigo pergi. Hakimi membuat kesimpulan bahawa Ichigo sudah pulang ke Jepun. Namun Hakimi terkejut apabila dia terserempak dengan Ichigo yang nampak keliru. Hakimi membawa Ichigo pulang ke rumah keluarganya. Di situ Ichigo berterus terang kepada Hakimi yang dia sedang mencari ibu kandungnya. Hakimi berjanji untuk menolong Ichigo. Sepanjang Ichigo duduk bersama keluarga Hakimi, Ichigo sentiasa teringat kenangannya bersama ibunya dan Ichigo ingin lagi mengenali budaya Melayu dan Islam. Keluarga Hakimi juga mengalu-alukan kedatangan Ichigo ke rumah mereka dan tidak lokek berkongsi maklumat dan bertukar pandangan. Akhirnya Hakimi mendapat maklumat bantuan dari rakannya bahawa Rozita berada di Melaka. Mereka segera pergi alamat yang di beri. Ichigo pada mulanya berasa ragu-ragu kerana bimbang ibunya tidak menerima kehadirannya namun setelah dipujuk oleh Hakimi, Ichigo memberanikan diri. Apabila Ichigo mengenalkan dirinya kepada Rozita, Rozita sangat terkejut. Rozita lantas memeluk Ichigo. Mereka berdua menangis dan Rozita tidak habis meminta maaf. Rozita memberitahu bahawa apabila dia pulang ke Malaysia 18 tahun lalu sebab menerima berita ibunya sudah meninggal. Kemudian apabila dia ingin pulang ke Jepun, dia menerima khabar yang tempat tinggalnya di sana ditimpa gempa bumi. Apabila dia ke sana, semua jiran tetangga mengatakan Ichigo dan bapanya meninggal dunia. Rozita pulang ke Malaysia dalam keadaan hati yang sedih. Ichigo meminta maaf kerana dia salah sangka yang Rozita lari meninggalkan keluarganya. Kemudian seorang anak perempuan Rozita, Najwa keluar dari rumah apabila mendengar ibunya menangis. Rozita memberitahu Najwa bahawa Ichigo adalah kakak tirinya. Pada mulanya Najwa agak terkejut namun dia dapat menerima kehadiran Ichigo. Setelah bertemu Rozita, Ichigo segera menelefon bapanya, Hiroshi. Ichigo menceritakan segalanya tentang kenapa Rozita tidak pulang. Hiroshi menangis dan kemudian dia berkata dia teringin untuk berjumpa Rozita dan keluarganya. Ichigo berjanji dia akan membawa ayahnya berjumpa ibunya. Pada hari Ichigo ingin pulang ke Jepun, keluarga Rozita dan keluarga Hakimi menghantarnya. Ichigo mengucapkan terima kasih kepada keluarga Hakimi kerana melayannya dengan baik. Kemudian Ichigo berkata kepada Rozita bahawa dia akan kembali semula ke Malaysia untuk membawa ayahnya. Hakimi menghantar Ichigo hingga ke pintu masuk untuk penumpang. Ichigo bertanya adakah Hakimi akan menunggunya. Hakimi menjawab dia akan menunggu Ichigo dan mungkin akan membawa kejutan sekali.

MKV FILE


RMVB FILE

PART1 | PART2 
PART1 | PART2 
 
  
AVI FILE

PART1 | PART2 | PART3 | PART4
PART1 | PART2 | PART3 | PART4

0

Lagenda Budak Setan II (2012) [Malay] DVDRip Mkv,Avi-

Labels:



Release Date: 29 Nov 2012 | Country: Malaysia | Language: Malay | Genres: Romance, Drama | Subtitle: English Hardsub | Size: 380MB Mkv,700MB Avi | Quality: DVDRip – Mae
Sinopsis: LAGENDA BUDAK SETAN 2- KATERINA Sinopsis Sebuah sekuel dari Lagenda Budak Setan 6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu. Melalui Athirah, bayinya, segala kasih saying dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah. Ketabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta. Katerina memperkenalkan kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu. Tak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri. Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya. Ketika yang sama, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukulnya hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis. Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya. Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja. Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku. Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah. Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut. Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran. Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begiru juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa saying yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah. Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam. Meskipun kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam. Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate takkan biarkan suami gaynya menyentuh tubuhnya.. Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada. Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisnya. Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian. Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya. Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati. Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya. Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia. Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah. Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran. Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean. Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar. Masa berlalu, Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi… tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula….. Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tak akan menemui titik noktahnya…

MKV FILE


AVI FILE

PART1 | PART2 | PART3 | PART4
PART1 | PART2 | PART3 | PART4
PART1 | PART2 | PART3 | PART4

0

Apa Celop Toqq (2012) [Malay] DVDRip Mkv,Avi

Labels:



Release Date: 25 Okt 2012 | Country: Malaysia | Language: Malay | Genres: Aksi, Komedi, Drama | Subtitle: None | Size: 350MB Mkv,700MB Avi | Quality: DVDRip – Mae
Sinopsis: Hazama seorang anak muda yang mempunyai impian untuk menjadi penyanyi, melalui liku kehidupan bersama teman baiknya, TAPAI. HAZAMA bekerja di bengkel membaiki motorsikal, sering bersama menghadapi karenah TAPAI yang berhutang dengan samseng, BLACK, yang sering menganggu mereka, sehingga terlibat dalam pergaduhan. Pada masa yang sama, LAILA, seorang wartawan, telah ditukarkan ke bahagian hiburan apabila telah melakukan kesilapan ketika operasi yang melibatkan anggota polis tidak lama dulu. Selepas itu, kehidupan HAZAMA berubah apabila bertemu dengan PAK SAMAD, seorang lelaki yang hidup keseorangan. Pada awal pertemuan, HAZAMA merasakan lelaki itu hidup dengan penuh keegoan. Pada masa yang sama, TAPAI meminta bantuan teman wanitanya, JUITA, dalam membantu melunaskan hutang kepada BLACK. Masa berlalu, apabila HAZAMA mula menghabiskan masa dengan PAK SAMAD, sehinggalah dia jatuh sakit pada suatu hari. Bila dimasukkan ke wad, HAZAMA terkejut apabila mengetahui penyakit yang dihadapi oleh PAK SAMAD. TAPAI, meminta pertolongan HAZAMA, apabila JUITA mengajakkan bertemu dengan kakaknya, LAILA. Mengenangkan persahabatan di antara mereka berdua, HAZAMA menurut kehendaknya. HAZAMA merakamkan lagu, atas sokongan TAPAI, JUITA dan AFIQ. Tanpa disangka, lagu nyanyian HAZAMA mendapat sambutan cukup luar biasa, namun disebalik kejayaan itu, terdapat kisah sedihnya. Apa yang berlaku kepada PAK SAMAD. Bagaimana pula hubungan TAPAI dan JUITA, dan bagaimana pula kisah di antara LAILA dan HAZAMA. Dapatkah HAZAMA mengejar cita dan cintanya. Nantikan CINTA ATAS TAR di pawagam tidak lama lagi.

MKV FILE



AVI FILE

PART1 PART2 | PART3 | PART4

PART1 PART2 | PART3 | PART4


Followers